Selalu kena ingat.

Kalau ada orang muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh membangun. maka sampaikanlah pada dia bahwa firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi fir’aun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.

kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh membuat negara kita menjadi moden. maka sampaikanlah pada dia bahwa namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu. Hanya namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.

Kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahwa Bangsa saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah Dan kaum saba’ mendustakan Agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..

percaya lah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segala nya.

Saya tidak benci dengan orang non muslim atau membiarkan muslim yg korup, tetapi Allah dengan firmannya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami.

Saya tidak ingin berdebat dengan Anda yang mendukung mereka, apalagi jika Anda yang orang islam.

Bagaimana saya boleh meyakinkan Anda, sedangkan Firman Allah pun Anda abaikan.

Tanyalah orang-orang soleh.
Mengapa mereka tidak mahu berhibur?
Nescaya mereka akan menjawab.
Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan,
Mati itu di belakang kami.
Kubur itu di hadapan kami.
Kiamat itu janjian kami.
Neraka itu memburu kami.
Dan perhentian kami ialah Allah.

afala ta’kilun…? tidakkah kamu berfikir…?

Advertisement

Tolong jgn lupa.

🇲🇾WAHAI ANAK MUDA. JATIDIRI BANGSA MELAYU YANG HEBAT & SEJARAH MELAYU YANG GEMILANG

Tahukah bahawa Ratu Hijau dari Kesultanan Melayu-Pattani membina meriam-kuno terbesar di dunia dipanggil “Seri Pattani” semata-mata untuk menahan gempuran 80,000 tentera Siam? Nur Islam

Tahukah bahawa Empayar Melayu-Sriwaya hampir menakhluk lautan hindi semasa pemerintahan Raja Balaputradewa dan membawa 1000 kapal ke Afrika untuk menakhluk wilayah serta perlabuhan di Tanzania dan Mozambique?

Tahukah bahawa raja melayu-kedah tua iaitu Samara Vijayatungga penggal kepala raja empayar Chola dari India dan baginda menakhluk Tamil Nadu serta Sri Lanka kemudian membina biara nagapattinam?

Tahukah bahawa pahlawan Srikandi Melayu iaitu Adruja Wijayamala Singa dari kerajaan Melayu-Jawaka penggal kepala raja Siam daripada kerajaan Sukhothai dan kepala dipenggal menjadi tatapan bukti kehebatan kerajaan melayu itu?

Tahukah bahawa Parameswara iaitu raja kerajaan melayu-temasek pernah mempertahankan Kota Singapura-Purba daripada 200,000 bala tentera Majapahit diketuai Mpu Nala dan berjaya mengusir 70 kapal siam?

Tahukah bahawa tentera Melaka pernah mengejar 90,000 tentera Dai-Viet yang lengkap dengan senjata api “Albuerques” dan infantari di Lan-Xang sehingga menyebabkan 30,000 daripada jumlah itu mati? malah ketika itu empayar Dai-Viet mempunyai 1 juta tentera gegak gempita di bumi IndoChina dan raja Ayutthaya iaitu Borommatrailokkanat melutut dengan Sultan melaka dan maharaja Dinasti Ming di China untuk meminta bantuan ketenteraan.

Tahukah bahawa orang pertama mengelilingi dunia adalah Panglima Awang bukan Ferdinand Magellan dan beliau belayar menggunakan codex ilmu laut melayu?

Tahukah bahawa Melayu pernah memilik Tamadun tertua di Asia Tenggara dipanggil Tamadun Sungai Batu pada 584 Masihi (2500 tahun) sama timeline dengan tamadun Yunani dan Rom malah menghasilkan pedang terbaik di dunia diapanggil pedang Qala’i? pedang ini adalah salah satu koleksi pedang rasuluallah.

Tahukah bahawa Leftenan Adnan sanggup melawan beribu-ribu tentera Jepun dengan hanya menggunakan bayonet di saat kehabisan peluru dan jikalau 10 divisyen rejimen diketuai oleh leftenan seperti beliau mampu mengusir jepun dari Tanah Melayu?

Tahukah bahawa empayar Melayu-Melaka pernah menguasai perdagangan terkaya di dunia setaraf Venice dan Genoa malah dominasi umat islam terhadap perdagangan dunia telah hancur semasa 1511?

Tahukah bahawa Empayar Melayu-Brunei pernah menakhluk seluruh Borneo dan Filipina sehingga menjadi wilayah islam?

Tahukah bahawa bangsa Melayu ramai keturunanab Ahlul Bait (Keturunan Rasulullah) dan bangsa kita didendang sebagai bani tamim yang akan bersama dengan panji-panji hitam khalifah Al-Mahdi menakhluk dunia?

Tahukah bahawa Melayu mempunyai paling ramai sultan di dunia dan kesultanna tertua di dunia iaitu kesultanan melayu-kedah serta mempunyai sultan yang digelar individu terkaya di dunia iaitu Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam?

Tahukah bahawa bahasa Melayu yang dianggap sampah adalah bahasa ke-5 terbesar di dunia yang digunakan oleh Indonesia,Malaysia dan Brunei malah di zaman empayar Melayu-Melaka bahasa melayu dipanggil “Lingua Franca” sehinggakan bangsa parsi wajib mempelajari bahasa itu kerana sangat penting dalam perdagangan dunia semasa abad ke-15?

Tahukah bahawa melayu didendang bangsa atlantis yang pernah mempunyai tamadun terawal dalam peradaban manusia serta bangsa ini mempunyai kerajaan diketuai oleh 12 raja mengikut teori sundaland dan ptolemy?

Tahukah bahawa genetik Austronesian pada asalnya dipanggil “Malayo-Polinesian” adalah rumpun melayu dan rumpun ini bertebaran dari madgaskar sehingga ke filipina?

Melayu perlu bangkit dari sifat “Inferiority Complex”,Biarlah bangsa kita punya jati diri dan menjadi benteng jika berlaku apa-apa pada bangsa kita.Share post ini biar melayu tidak lagi menjadi apologetik malah menjadi mandiri.

#ISLAMbersatu..
#MELAYUbersatu.. #JATIDIRI

Isu semasa

Antara propaganda utama PH ialah tuduhan BN telah merompak berbilion-bilion dari institusi-institusi Melayu dan merosakkannya walaupun semua institusi ini beroperasi dengan baik sebelum PRU14.

Tetapi apakah kebenarannya?

MARA
Selama ini PH dakwa BN curi duit MARA, tapi tak ada seorang pemimpin BN pun didakwa dalam mahkamah sejak PRU14 kerana mencuri wang MARA.

Malah, ianya PH yang potong peruntukan MARA sebanyak RM100 juta dari RM3.8 bilion tahun 2019 kepada RM3.7 bilion berbanding tahun lepas..

YAPEIM
PH dakwa BN curi duit anak yatim YAPEIM, tapi PM ke-7 sendiri kata tak ada bukti.
https://www.sinarharian.com.my/article/36022/BERITA/Nasional/Isu-Yapeim-Tidak-cukup-keterangan-untuk-ambil-tindakan

TABUNG HAJI
PH dakwa BN curi berbilion-bilion simpanan umat Islam, tapi sehingga kini tak ada seorang pemimpin BN pun yang didakwa merompak satu sen duit Tabung Haji.

(bekas pengerusi TH didakwa bersama abang dia atas kes lain melibatkan projek lebuhraya yang bukan dalam kuasa ahli parlimen atau Tabung Haji beliau – bukan kerana kes Tabung Haji)

Paling serius pun ialah dakwaan bahawa UMNO buat kerja zalim seperti terlebih bayar Hibah RM4.2 bilion kepada pencarum Tabung Haji.

Itupun tuduhan TH berdasarkan firma audit luar diupah PH yang bercanggah dengan audit dari Jabatan Audit Negara.

Tapi yang nilai aset Tabung Haji jatuh sebanyak RM10.8 bilion selepas PRU14 akibat kejatuhan teruk pasaran saham dalam tangan PH, bagaimana pula?

Siapa yang sebenarnya memusnahkan Tabung Haji?

FELDA
PH dakwa BN rompak berbilion-bilion duit peneroka FELDA, tapi PM sehingga kini hanya Isa Samad seorang yang didakwa menerima sogokan sebanyak RM3 juta kerana FELDA membeli satu hotel di Kuching.

Mana datangnya berbilion-bilion duit FELDA dirompak?

Yang lebih memeranjatkan pula ialah dalam kes Isa Samad, ianya setiausaha politik PM ke-7 yang dinamakan di dalam 9 dari 10 kertas dakwaan Mahkamah sebagai pihak pengantara dan wakil untuk pemberi dana.

Tapi setiausaha politik PM ke-7 seorang ini tidak dikenakan apa-apa dakwaan pulak.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/setiausaha-politik-tun-mahathir-dikaitkan-dalam-pertuduhan-rasuah-isa-samad-193548

Kenapa dia terlepas, ya?

PH tuduh institusi-institusi Melayu rosak masa BN tapi yang saya tengok ialah bajet MARA dipotong, Hibah Tabung Haji adalah paling rendah dalam sejarah, kuota Haji pun turun akibat Arab Saudi tidak lagi luluskan kuota tambahan kepada kerajaan PH dan peneroka FELDA sedang menderita selepas PRU14.

Siapa sebenarnya yang rosakkan?

Kalau PH nak telus dan adil, buatlah RCI ke atas semua institusi-institusi di atas seperti yang dijanji dalam 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab mereka.

Paling tidak, buatlah siasatan PAC ke atas semua ini.

Nak tuduh dan fitnah BN curi berbilion-bilion dan merosakkan institusi-institusi ini tapi PH tak berani buat siasatan terbuka pula.

Debat pun tak mahu. Lari macam Kit Siang.

Tapi jika PH buat, saya yakin PH akan terkantoi lagi kerana memfitnah – seperti tuduhan BN rompak wang GST RM19.4 bilion yang dibuktikan oleh laporan PAC sebagai satu lagi fitnah jahat mereka.

Jaga lidah you.

Maksud memelihara lidah ialah tidak menyalahgunakan lidah seperti;

– Mengumpat
– Menghasut
– Bercakap sia-sia
– Bercakap tanpa keperluan
– Bercakap apa-apa sahaja tanpa berhati-hati
– Bercakap perkara yg lucah
– Bergaduh
– Mencarut
– Melaknat manusia atau binatang
– Sentiasa bersyair (menyanyi)
– Bergurau senda
– Memecahkan rahsia
– Berjanji dgn dusta
– Bersumpah palsu
– Menjadi talam dua muka
– Memuji seseorang tanpa sebab
– Bertanya perkara yg tidak perlu

(Ithaf)